Monday, 16 April 2018

                        PERTANDINGAN ROBOT ANJURAN TVET                                                           MALAYSIA

Pada 21,22,23 dan 24 March 2018
Tempat PWTC KUALA LUMPUR


Saya bersama cikgu cikgu telah mewaliki ILP Perai untuk pertandingan Robot anjuran TVET Malaysia.Kami membawa 2 robot mewaliki ILP Perai untuk pertandingan ini.Kami bertolak keluar menuju haluan kami ke Kuala Lumpur dalam pkl 10.00 pg.Kami berhenti rehat di RNR ipoh dalam pkl 12.00.Kami seramai 9 orang dalam van iaitu 4 peserta dan 5 cikgu bersama kami.Ini adalah pengalaman pertama saya bersama cikgu cikgu Ilp Perai.Perjalanan kami cukup gembira dengan perbualan antara cikgu dan juga cikgu sempat mengajar kami cara cara untuk bermain Robot di gelangang nanti.
Disebabkan saya pertama kali maka saya hanya menjadi pemain simpanan dengan menolong rakan rakan yang bermain.Saya amat gembira kerana cikgu cikgu di ILP Perai turut membawa saya ke pertandingan Robotic ini.Kami sampai di Kuala Lumpur dalam pkl 5.00 ptg.Kami selamat sampai di Homestay yang dibooking oleh cikgu ILP Perai.Kami berehat sebentar sekali makan malam bersama cikgu cikgu dan kami memulakan proses membersihkan Robot yang akan bertanding pada keesokan hari.Malam tu saya dapat melihat cara cara hendak melawan rakan.Cikgu Robot kami banyak mengajar kami cara cara hendak melawan dan menjaga keselamatan kami nanti.Acara berlansung selama 3 hari dan kami dengan jayanya telah mengharumkan nama ILP Perai kami dengan memenangi tempat kedua dalam acara TVET MALAYSIA yang sertai seramai 100 robot dari pelbagai kolej.Ini adalah salah satu perkara yang amat mengembirakan saya dan saya juga berazam untuk mandapatkan tempat Pertama pada acara yang akan datang nanti.Cikgu cikgu amat berasa gembira dengan kejayaan ini.Pada hari jumaat petang kami pulang kembali ke rumah dengan penuh perasaan yang gembira.Ini adalah perkara yang saya tidak akan melupakan dalam hidup saya dan saya amat berhutang budi dengan cikgu cukgu di kolej saya kerana sudi membawa saya.









No comments:

Post a Comment