LEADERSHIP , LANGUAGE AND CULTURE CAMP.
Pada bulan Januari yang lalu iaitu 16 Januari sehingga 18 Januari 2018 , saya serta rakan-rakan seramai 6 orang iaitu Nurul Nadia,NurHidayati,Muhammad Aqil,Muhammad Sazani Amir DAN Muhammad Fizri dari ILP Perai telah mewakili untuk menghadiri suatu kem yang dianjurkan oleh Politeknik Seberang Perai yang berperingkat antarabangsa . Kem ini terlibat dari pelajar luar negara iaitu daripada Indonesia . Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kem Bina Negara Balik Pulau .
Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan antara dua buah negara dan mengeratkan silaturahim antara pelajar pelajar. Hal ini terdapat pelajar- pelajar yang dari pelbagai institut dan politeknik dari Malaysia seperti ILP Perai , IKTBN Bukit Mertajam dan Kolej Komuniti Tasek Gelugor , manakala politeknik darpada Malaysia ialah Politeknik Seberang Perai dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah . Disamping itu, dua buah politeknik daripada Indonesia yang terlibat ialah Politeknik Srivijaya, Medan dan Politeknik Polsri , Palembang .
Pelbagai aktiviti menarik yang dilakukan disana,antaranya belajar bercakap bahasa english Oleh yang demikian , kami dapat mengenali cara pergaulan,adat resam dengan adanya ice breaking . Dalam satu kumpulan terdiri dari 8-9 orang termasuk dengan fasilitator . Selain duduk dalam satu kumpulan melakukan aktiviti bersama -sama , kami juga turut makan serta tidur mengikut kumpulan yang telah ditetapkan . Semuanya berjalan lancar selama tiga hari saya dan rakan-rakan di sana . Kami berasa sangat seronok dan berharap adanya program sebegini lagi pada kelak hari .
Sebelum bersurai pulang kami sempat bergambar bersama mereka,ini adalah salah satu kenangan yang tak dapat saya lupakan.Saya berharap dapat berjumpa mereka kelak.Kami juga sempat meminta akaun "facebook" dan "instagram" mereka untuk sembang selalu dan tidak mudah putus hubungan dengan meraka.
No comments:
Post a Comment