Sehingga kini, sebanyak 616 syarikat dan 19,198 peniaga yang menjalankan aktiviti atau perniagaan melalui internet berdaftar dengan SSM.
Beberapa panduan juga boleh diambil pengguna sebelum menjalankan transaksi melalui online yang disarankan KPDNKK bagi mengelak menjadi mangsa penipuan dengan:
1)Buat perbandingan harga terlebih dahulu dan peka dengan harga pasaran serta jangan mudah terpedaya dengan penawaran harga murah.
2)Semak latar belakang syarikat atau perniagaan di Malaysia yang menawarkan produk di internet dengan membuat pengesahan alamat pernigaan dan lesen perniagaan dengan (SSM) bagi mengesahkan ketulenan perniagaan.
3) Untuk lebih kepastian, buat kajian dengan membaca maklum balas yang dibuat oleh orang yang pernah membeli barang daripada syarikat atau individu yang sama bagi mendapatkan idea terbaik.
4)Lakukan transaksi hanya melalui laman web yang selamat dan boleh dipercayai. Seelok-eloknya pastikan pemilik laman web itu memiliki ikon yang menunjukkan ia mengambil pendekatan program keselamatan tertentu.
5) Sekiranya membeli dari laman web asing atau syarikat luar negara, elok difikirkan kos dan nilai barangan mengikut matawang tempatan termasuk kos yang perlu ditanggung untuk proses penghantaran ke rumah kerana kebiasaannya kos penghantaran lebih mahal daripada yang disangkakan.
6) Dapatkan butiran peribadi penjual dengan menghubungi terlebih dahulu bagi sahkan barangan yang hendak dibeli termasuk tempoh masa barangan akan sampai.
7) Pastikan kaedah pembayaran yang dilakukan dalam pembelian itu dan elak daripada mendepositkan wang ke pemegang akaun selain daripada nama penjual.
8)Baca dan fahami terma dan syarat pembelian, sekiranya boleh memulangkan barang jika tidak berpuas hati terutama produk berbeza yang dihantar ke rumah anda.
9) Cetak resit atau bukti pembayaran untuk disimpan sehingga produk yang dibeli sampai ke tangan anda.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePanduan yang sangat bagus untuk pengguna di luar sana dalam melakukan pembelian yang selamat daripada ditipu.
ReplyDeleteReally nice
ReplyDelete