Thursday, 15 February 2018

MASALAH YANG SERING BERLAKU KEPADA DVD WRITER




Biasanya apabila drive(pemacu) CD/DVD tersekat, kadang boleh eject dan kadang kala tidak, kita mungkin menggangap hayat pemacu CD/DVD itu telah sampai ke penghujungnya dan perlu diganti baru. Tambahan pula harga DVD writer pada masa ini sekitar RM75-RM90 sahaja, tidak terlalu mahal untuk diganti. Sebelum menggantikan pemacu CD/DVD yang menghadapi masalah ini, apa kata anda cuba memperbaikinya dahulu. Caranya tak lah begitu sukar.

Anda perlukan sedikit kemahiran teknikal untuk tujuan ini. Jika anda langsung tidak mempunyai kemahiran teknikal, sila dapatkan bantuan orang lain untuk membuka alatan dan memasang semula alatan itu.
Keluarkan pemacu CD/DVD daripada casing komputer.

Buka pemacu CD/DVD, biasanya ada empat skru kecil pada casing pemacu CD/DVD.Gunakan tool yang sesuai untuk membukanya.





Manakala bahagian hadapan pemacu biasanya dikunci dengan cara klip. Anda mungkin perlu tarik tray CD secara manual menerusi lubang jarum (eject) seperti yang ditunjukkan dalam gambar berikut. 

Sekarang buka cover casing cd/dvd itu. Cuba cari getah (gear belt) yang berfungi untuk eject (buka katop cd drive). Biasanya terdapat pada bahagian hadapan dekat pintu CD.

gantikan getah hitam ini dengan getah baru yang sepadan, kalau tak ada cuba guna getah biasa (untuk kegunaan sementara atau jangka pendek sahaja). getah ini boleh diperolehi daripada kedai barangan elektronik (bukan barangan elektrik).
pasang semula dan uji.
Saya dah cuba kaedah ini (pakai getah biasa) dengan DVD writer lama, alhamdulliah boleh burn dan baca CD/DVD macam biasa dan tak da lagi masalah. Cuma satu lagi drive CD writer combo tak dapat kerana tak ada saiz getah yang sepadan (kecik daripada getah-getah biasa). mungkin getah rambut boleh guna untuk sementara.

No comments:

Post a Comment