Wednesday, 31 January 2018

Sambut Perayaan Thaipusam.





Pada 31-01-2018 Saya dan seisi keluarga saya telah menyambut perayaan Thaipusam di Penang. Saya bernazaar dan telah mencucukkan badan saya dengan jarum istimewa kami dan saya juga telah membawa susu untuk diberikan kepada Kuil.

Saya berjalan sebanyak 8km untuk memberikan susu kepada kuil,walaupun letih saya dapat menunaikan hajat saya dengan baik dan lancar.

Saya berasa agak gembira kerana dapat menunaikan hajat walaupun ramai orang sedang giat menunaikan hajat mereka,selepas sampai ke tapak kuil,saya juga naik sebanyak 512 tangga untuk sampai ke dalam kuil yang terletak di atas bukit.

Disana penuh sesak dan saya terpaksa tunggu selama setengah jam untuk memberikan susu kepada Kuil.Selepas memberikan susu,saya turun balik ke bawah untuk balik ke rumah.

No comments:

Post a Comment